Monday, March 23, 2009

Bila Alam Menangis...

Lukisan alam tidak lagi semesra
Jiwanya menangis siapa yang tahu
Alam bagaikan terluka
Melihat anak-anaknya yang mencuri
Mencuri masa dan kuasa

Ibunya sendiri diperkosa
langsung semuanya tuli
sekan buta tentang ilmu yang di ajar alam
padahal dunia cyber dikuasai
pantas ibunya sendiri didera

suatu masa...
bila alam menangis
yang hitam masakan kembali putih
yang keruh masakan bisa jernih
padahnya suara alam tidak didengar
telinga dipekakkan
mata digelapkan

bila alam menagis
siapapun tidak simpati

bila tiada lagi ibu itu
anak-anaknya mula tercari-cari
membongkar kitab-kitab yang lusuh
yang lama ditinggal di almari masa
menyingkap kembali noda
kehitaman yang ditinggal
baru hendak dibuang

segala-galanya mungkin terlewat
kerana kita semua tertinggal dek masa
yang kita curi dahulu.

2 comments:

  1. akum...
    aku banyak koleksi puisi. leh tak aku nak siarkan dalam blog ko. tp, ko jangan copy paste pulak... hhehehe...
    aku x minat wat blog ni. aku ske tengok blog orang jer..
    jd, aku nak letak mane puisi aku???leh ker???
    tp, xla sehebat puisi ko...

    ReplyDelete